Pages

Muqaddimah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dr. Kangkung

Dr A
Bekerjaya sebagai artis
A Kemudiannya bergelar Dr apabila menyanding ijazah PhD
Kejayaannya semakin melonjak dengan memiliki IPTnya sendiri
Kilauan gemilang tidak berkekalan apabila A didapati memiliki PhD palsu

Dr B
B Pernah belajar di bidang perubatan
Entah bila dia lulus tidak diketahui rakan sekuliahnya
B mengatakan dia menghafal al Qur'an & memiliki sarjana syariah sedangkan beliau tidak pernah belajar di bidang tersebut.
Semasa berforum dengannya (B adalah panelis gantian), B mengatakan dia telah mencipta beberapa produk hebat
Dengan makan pil B, anaknya fasih alif-ba-ta ketika 3 tahun, khatam Qur'an ketika 4 tahun & hafal al qur'an ketika 10 tahun
B yang berbadan besar ditertawakan audien apabila mendakwa pil ajaibnya boleh menguruskan badan
B sentiasa melarikan diri setiap kali saya ingin bertemunya

Dr C
Pernah belajar di luar negara tetapi ditendang kerana gagal
C kemudiannya belajar kelas hujung minggu
Tak lama kemudiannya C menggunakan gelaran Dr
Walaupun tidak pernah habis ijazah, apatah lagi menjadi pensyarah di mana-mana IPT, C kemudiannya muncul di TV dengan gelaran Prof Dr C

Dr D
Seorang ahli politik
D sibuk berkempen sepanjang karier politiknya
Tup-tup, dia bergelar Dr D dengan PhD yang dimilikinya
Puas diminta supaya membuktikan kedoktoran falsafahnya, namun Dr D terus membisu seribu bahasa.

Dr E
Seorang motivator yang sempat saya temui beberapa kali
E mengatakan bahawa dia terpaksa guna jalan pintas untuk mendapat PhD atas keperluan perniagaannya.
Hanya dengan mengikuti kuliah hujung minggu beberapa jam di ibu kota & beberapa bahan penulisan, E memiliki PhD dari Universiti Entahmano dalam tempoh kurang dari 2 tahun.
Saban hari ke sana sini menganjurkan kursus motivasi bersama Pakar Motivasi Dr E....

Ya Allah ! Selamatkanlah negara tercintaku Malaysia dari jenayah murahan Doktor & Professor Kangkung yang kembang membiak.