Oleh kerana aku tak dapat nk join gathering dorg kat mid semalam , maka Ayie kol aku lebih kurang pukol 9 lebih cmtu. Ajak aku kuar isap shisha kat tempat dia , shah alam seksyen 13..Lagi2 , aku pulak bangun pukol 2 lebih sebab teman amad main golf kat area sunway.. Lepas ayie kol , aku terus gtau ayah aku yang aku nk kuar pegi shah alam.. Dah la malam tadi malam raya cina.. Polis Malaysia plak takkan lepas peluang cari rezeki time2 raya cmnih.. Aku rasa , mangsa yang bertuah polis ialah orang macam aku.. Sebab pe , Aku xde lesen , bawak kereta yang takde road tax and kereta plak DESIGN yang luar dripada undang2 polis.. Huh.. Agak cuka gak sebnarnya nak pegi.. Tapi tak pe , Kata Albert Camus "Kamu tak boleh mencipta pengalaman.. Kamu mesti menghadapinya" Nak tak nak , aku terpaksa hadapai untuk sampai ke destinasi yang dituju..
Orang kata , sebelum melakukan sesuatu , kita kene pikir panjang supaya pekerjaan kita sempurna.. So , apa yang bermain dalam kepala aku semalam ialah kereta POLIS. Itu sahaja.. Mission aku malam tadi ialah , aku nak sampai rumah tanpa bawak surat cinta daripada pak polisi.. So , macam mana aku nk lepas nih padahal ada 3 dalam satu bahaya yang aku bawak ? Sekali , teringt pesan arwah nenek aku yang baru meninggal lebih kurang setahun.. Dia kata , kalau nk pergi mana-mana, bacalah ayat ini ..
Kata arwah , ayat ni merupakan ayat pelindung.. Kalu kita keluar rumah , pasti selamat.. Tapi hati kene elok.. Kalau keluar rumah nk pergi disko lepas tu baca ayat ni , memang tak kene la an.. So , aku pon melangkah masuk ke dalam kereta dengan baca ayat ni diikuti ayat kursi dengan penuh ehsan kepada rabbul alamin..
On the way nak ke klang tu , berdebar2 jugak jantung aku.. Aku gerak pukol 12:15am.. Waktu cmni polis masih lagi aktif dengan kerja2 mereka.. Sampai kat klang , aku singgah rumah jams kejap sementara tunggu ayie balik k shah alam..Lepas pegi rumah jams. kitorg gerak pergi rumah muaz.. ambik dia kat depan sekolah SMK seksyen 19.. Sian dia.. dia la penunggu setia kitorg malam tu.. hehe..Then , baru lah gerak g jumpa ayie kat seksyen 13.. Tapi kedai dia dah nak tutup.. Orang pon tak ramai.. Susana kedai pon dah kemas.. Ayie plan gerak k bidara . Tak pe , kerana kawan lama , aku sanggup pergi mana2. lagipon time tu dah pukol 3 lebih. Polis plak dah tak de an.. Senang la aku drive tanpa gangguan samseng jalanan.. hehe..
-Aizat Ismail-
