Kawan,
Aku betul-betul terkejut apabila
Ada orang dah nasihatkan kau supaya kau jangan layan aku
Takut-takut persitiwa pahit berulang
Tak apa kawan
Dia sayang kau la tu
Dia tak nak kau bersedih lagi dengan aku
atau sebaliknya
Dia tak nak kau rapat dengan aku
Tak apa kawan
Kau dah jumpa yang terbaik
Kau dah jumpa yang terbaik buatmu
Aku juga turut bergembira kawan
Mungkin apa yang aku minta selama ni telah dimakbulkan
Walaupun aku sedih + cemburu
kerana kau semakin lama semakin jauh dari aku
Tak apa kawan
Mungkin setakat ni je lah kemesraan yang boleh kita kecapi KOT
Lepas ni ,
tak tahulah
kau mungkin ikut cakap dia secara terus menerus
dan aku tak menghalang
walaupun hati aku meronta-ronta
Aku tak nak dikatakan seorang lelaki yang terhegeh-hegeh
Biarlah kau tak tahu apa yang aku rasa
Asalkan kau bahagia selamanya kawan
Kawan ,
maafkan aku atas sikap kebodohan aku
Yang tak boleh nak bersabar
tak boleh nak pikir waras
itulah aku kawan
itulah aku
aku memang macam tu
tapi jauh dari sudut hati
tak ada niat nk sakitkan jiwa kau
tak de nak buat kau jadi gila
tak de kwan
takde
Hanya cemburu dan sayang je penyebab aku jadi mcm tu
tapi aku dah buat bukan pada tempatnya
bukan pada orangnya
bukan pada caranya
daripada tu aku dapat penghinaan
Kawan.
aku tak mintak simpati
aku tak mintak pujuk
aku tak mintak belas kasihan
daripada kau
Pergilah ke mana yang kau suka
Harapan aku agar kau bahagia selama-lamanya
Aku harap
impian aku untukmu tercapai satu hari nanti
Semoga kau tergolong dalam golongan mukminah kawan
AMIN YA RAB
AMIN :)
Yang Ikhlas , Ahmad Aizat