Teringat aku akan satu peristiwa ni..Peristiwa ni agak mengejutkan aku tapi aku tak de le terkejut sangat sebab mereka-mereka yang buat aku terkejut ni telahpun aku kenal satu masa dahulu..Ada diantara orang kita , sama bahasa , sama bangsa , sama warna mengatakan bahawa memperjuangkan bangsa itu tak penting..Aku ni bukan ahli UMNO atau apa2 yang berkait tapi aku orang melayu yang agak sensisif apabila bangsaku mengatakan sedemikian ..
Ntah lah..Aku pon tak tahu kenapa dia cakap mcm tu..Hai kawan , tak sedar lagi k orang dok kata bangsa kita ni kelas ke-3 di negara sendiri ? aku tahu kau semangat "Ikhwanul Muslimin" dan kau ada hati nak buat daulah islamiyah macam idola korang buat yaitu Hasan Al-Banna , tapi janganlah kata macam tu , kawan..Kau ada hati nak jadi pejuang islam malah kau kenal tokokh-tokokh arab yang mati syahid tapi pernah tak kau kenal tokoh-tokoh hulubalang melayu yang menentang penjajah british dulu ?
Kawan , tak salah kau nak tegakkan islam di negara kita tapi biarlah kene cara..Macamlah orang melayu kita dulu tak mampu nak tegak daulah islamiyah..Kata-katamu membuat aku menganggap kau lebihkan budaya arab daripada budaya bangsa sendiri..Aku tahu kau pernah masuk satu kem anjuran ISMA dulu yang bertemakan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" tapi kau faham tak apa maksud tema tu ?Cukuplah dengan cara hidup kau sehinggakan bahasa perantaraan kau pun guna "Ana" dan "Anta"..Lagi sakit hati bila kau tegur aku ketika aku menggunakan "Aku" dan "kau" dalam perantaraan aku dengan orang lain..Hei , kawan..Kau lahir di tanah melayu dan kau masih berpijak di tanah melayu taw..Sedar la kawan...Sedar..
Kawan , tak perlulah kita nak ikut cara orang arab sangat..Jadilah orang melayu dan berbanggalah sebagai anak melayu walaupun melayu kita sekarang tak maju macam bangsa lain..Lebih baik kau tegakkan islamiyah macam zaman melaka dulu yang mengikut style orang melayu daripada kau ikut cara orang2 arab tu..Sekurang2nya , ada la warisan islam melayu..
P/S : Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab tekankan subjek sejarah kepada generasi muda..Semoga "sejarah" yang di alami ni tak diulangi kerana mereka yang tak belajar sejarah pasti mengulanginya..Semoga bermanfaat apa yang dipelajari dan diajari kepada kita :)