Pages

Muqaddimah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pasir Mas , Desa TerChenta




Pernah dengar pasal Pasir Mas ? Untuk pengetahuan korang , kampung aku terletak di Pasir Mas.. Pasir Mas ni amatlah special.. Aku pon tak tahu nak hurai cmne tapi sape pegi mesti kata best.. Kene explore sendiri la ye.. hehe..

Nenek aku dulu lawa taw... patut la cucu dia hensem.. tee hee xD


Dulu aku pernah menyangka bahawa kalau aku dah habis SPM nanti , aku nak buat apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran aku...Maklum la.. Aku dah boleh bawak kete.. Aku dah bebas.. Tak de bende yang perl difikirkan lagi dah.. Buku pon dah tak pegang.. Senang la aku nak buat macam-macam.. Aku nak buat tu.. Aku nak buat ni.. Termasuklah hajat nk balik kampung di kelantan nuh..Tapi , tak semua harapan kita tercapai begitu sahaja..

"Blink"


Bunyi Facebook chat alert.. Kiriman daripad sepupu aku kat kelantan.. Dia tanya "Tok se kelik ko oghe kolupor(KL)?" huhu.. tersentuh hati eden bile dengar orang sana tanya cm tu.. Ada la jugak yang jemput aku pegi sana.. Yela.. Dok bandar ni tak sama macam dok kat kampung.. Hidup di kampung lain.. Sosialnya pon lain.. Kerjenya pon lain.. Lebih-lebih lagi dok klate.. memang lain daripada lain.. tee heee xD ..

Teringat dulu masa zaman arwah nenek aku ada lagi.. Best btul bila dia ada.. Namun Takdir telah menetapkan , maka dia telah meninggalkan kami dengan keadaan yang selamat..Bila ada dia , senang aku mintak duit..Dia la tempat aku bermanja-manja( so GEDIK ),tempat aku lepas geram(ini memang kejam)tapi berpada-pada,mcm2 la..Adegan aku masa kecik2 dulu :

"Mok.. Nok pitih.." Aku mintak
"Awe nok brapo?nati mok ambik bek duit deh" nyut nyut nyut dia pegi ambik beg duit dia..

Hehe..Itulah nenek aku.. Sayang sangat kat cucu-cucu dia lebih daripada sayang diri sendiri..Kadang-kadang letih karenah dia yang terlebih syg kat cucu2 dia nih..

"Awe ooi,tok se nasik ko ? Maghi la"
"Make doh,mok"Kami membalas..


Suka betul tnya.. Letih nk menjawab.. Boleh kata dalam sehari tu lebih kurg 8 kali la.. hehe..tapi itu masa dia adalh.. sekrg dah meninggalkan kami.. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang sholeh..

Kampung Ambo :)


Apa yang best pasal pasir mas aku ni adalah tiap2 pagi kitorg breakfast dengan serve daging goreng.. ITU WAJIB. haha.. bukan selalu pon nk makan daging.. Mahal kot..Yang lain tu ada singkam,BUDU,ayam goreng,kuih akok dan lain2..Lepas tu makan ramai-ramai.. Tak de makan sorg2 time pagi... Makcik,Pakcik,abg sedara dan semua se isi keluarga kat sana tak pernah berkira antara satu sama lain..Nak makan lebih , ambik.. Jangan segan-segan..



Kampung aku tak jauh dengan sempadan THAILAND.. Setiap kali balik kampung , aku akan ambil kesempatan kejap untuk meronda2 ke kota Rantau Panjang kawasan bebas cukai..Banyak barang-barang murah.. Selalunya aku tengok jersey dengan seluar jeans..Kalau dulu mainan je.. hehe.. Dah murah sgt , memg bapak aku kene sediakan duit la..Bila dah siap , singgah gerai 'lotcing' ala-ala yong tau fu la kot.. hehe..

Insyallah .. ada rezeki nanti , aku nak balik sana..Aku nak wat apa orang kampung buat..Kehidupan kat bandar dengan kampung sgt2 lah lain.. Kat bandar aku tak bekerja sgt.. Jadi effectnya boleh buat perut aku makin buncit.. tee hee..Kalau dok kampung boleh pegi tangkap ikan.. Macam-macam lagi la bende yang aku tak pernah buat tapi aku nak buat nnati.. huhu..

Aku bangga berketurunan KELANTAN walaupun ada SESETENGAH orang melemparkan komen NEGATIF kepada orang kelantan :)