Hari ni aku nak coret something pasal hamba yang aku faham..Ada dua perkataan yang hampir sama maksud yang sering diperbualkan dalam tapi tak serupa yaitu kuli dan hamba..Hamba dengan kuli ni lain taw...Bagi mereka yang digelar sebagai "kuli",mereka pasti ada majikan yang akan bayar gaji dorang mengikut masa yang ditetapkan..Tapi hamba ni lain..Kalau dah hamba , selamanya hamba..Jangan mimpi dapat lebih melainkan diberi kebebasan oleh mereka yang berkuasa..Kalau tak lepas , sampai mati pon jadi hamba..
Mereka yang beranggapan diri mereka sebagai hamba tuhan di atas muka bumi ini semestinya special pada pandangan aku even aku tak tahu atau tak kenal mereka-mereka ni..Kenapa ? Sebab orang macam ni adalah orang yang kenal dirinya siapa , kenal akan asal-usulnya dan kenal akan tugasnya sebagai khalifah Allah ta'ala di muka bumi..
Ciri-ciri hamba tuhan yang dapat di kenalpasti ialah mereka tak ada sikap keAKUan..Contoh keAKUan macam ni :
"Ini Aku punya"
"Aku yang bagi cadangan tu "
"Aku la..Sape lagi "
"Aku itu...Aku ini"
macam-macam lagi sikap keakuan yang sama denganya kn ? Oleh itu , mereka yang bersikap hamba SELALUNYA berhati-hati dalam perbualan mereka daripada mengeluarkan kata-kata keAKUan sebegini..
Sekiranya mereka hendak membalas pertanyaan/perbualan pihak lawan , mereka akan senyap/zuhud/merendah diri..Selalunyalah..Mungkin daripada sebab itu , orang zaman dulu sering menggelarkan diri mereka dengan panggilan yang merendah diri yaitu dengan menggelar diri mereka sebagai "hamba"..
"Hambalah yang itu...Hambalah yang ini..."
Mungkin orang melayu zaman dulu dah faham apa yang dimaksudkan dengan "Hamba" selain menjadi hamba kepada makhluk tuhan..Kadang-kadang bukan hamba je yang menggelar diri macam ni tapi orang biasa pun ada kn ?
Oleh itu , marilah sama-sama berusaha menjadi hamba yang maha pemurah agar kita sentiasa ada dibawah naunganya..sama-samalah kita meletakkan bersujud hanya untuk tuhan sekelian alam...
- Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63)
- Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64)
- Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65) Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66)
- Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)
- Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68)
- Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69) Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70)
- Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71)
- Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72)
- Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73)
- Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74)
- Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75)
- Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76)
- Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77)
Surah Furqan (63 - 77)