Pages

Muqaddimah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jadilah diri sendiri

Pernah tak dengar cerita si bapa , anak dan seekor keldai ?



Satu hari di tanah parsi , seorang ayah nak pergi berdagang ke tempat yang sangat jauh dari rumah dorang ni dengan anak lelakinya bersama-sama dengan seekor keldai..Keldai tu sebagai kenderaan doranglah..Lepas siap , dorang pun memulakan perjalanan dengan menunggang keldai tu...Oleh kerana perjalanan agak jauh , maka mereka terpaksa merentas beberapa kampung..

Apabila tiba di sebuah kampung , tiba-tiba ada seorang mamat ni muncul dan berkata

"Hei fulan, kesiannya aku tengok keldai tu..Dah la bawak barang dagang..Korang naik plak..Kesian betol aku tengok"

Lalu mereka berdua pun turun dan berjalan macam biasa..

Lalu plak lagi satu kampung , ada plak penduduk kampung ni berkata :

"Apa guna ada keldai tapi tak tunggang ? "

Lalu ayahnya menyuruh anaknya tunggang keldai tu..

Lalu plak di satu kampung ni , ada plak orang lain bagi komen..

"Tengok tu..ada k patut ayahnya berjalan kaki ? Kasi la ayah dia tunggang..Tak patut sungguh..Hormatilah ayah"

Lalu,si Ayah menyuruh anaknya turun lalu menunggang keldai manakala anaknya berjalan seperti biasa..

Lalu plak satu kampung , ada lagi orang komen

"Eh , budak kecik jalan kaki ? Kesiannya..Ayah dia ni tak berhati perut lah"

Kat dunia ni tak ada yang sempurna di mata manusia..Oleh itu ,cara yang terbaik ialah buat keputusan yang bijak disertakan hati yang ikhlas supaya kita di elakkan daripada di perbodohkan orang..