Aku adalah seorang yang dah berpengalaman dalam bidang hafal quran..Tujuan aku menyatakan disini bukan untuk menunjuk tetapi ada satu bende aku nak tanya kepada kalian..Kalau tak nak jawab pon tak pe sebab aku tak kisah sangat un..Lagipon aku coret kat buku hikayat aku a.k.a diari aku yang tak seberapa nih..
Aku suka baca quran dan aku suka menghayatinya sebab susunan kalimah dan maksudnya amatlah mendalam dan memberi effect kepada jiwa pembaca yang menghayati..Tetapi , aku bertambah syok atau lebih minat baca quran ni apabila aku terINGATt kat seorang perempuan ni..Bukan pe..Pada pandangan aku , dia ni seorang yang baik hati/solehah dan perfect pada pandangan jiwa aku padahal aku tak pernah bersua dengan dia pon..Hanya setakat kenal-kenal macam tu je..
Tertanya-tanya plak aku boleh k aku buat macam ni ? Kadang-kadang aku pikir aku ni nak menunjuk kat dia k satu hari nanti ? Btw , tugas penghafaz quran amatlah berat..Bukan senang nak peroleh nikmat macam ni..So , hidayah daripada allah is the best way to get rahmah...Ya Allah , lindungilah kami daripada lalai ketika beribadat kepadamu..Amin
Oklah.. masa untuk pergi kerja.. Salam..