Pages

Muqaddimah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

13 Mei 1969

Bangsa yang melupai sejarah , pasti akan mengulanginya



"Di malam ini, kita berkumpul sesama kita. Biarlah badan pecah berdarah, janganlah mata berair merah, kerana Melayu dan Islam dipijak punah. Gerak alamat hidup, Diam alamat mati. Hati biar bertuhan, Parang biar di tangan, Nyawa dan darah jadi taruhan..nescaya Melayu dan Islam hidup berzaman."
-Kata-kata keramat Panglima Abdul Ghani Selendang Merah, Pulau Pangkor, menjelang 13 Mei 1969.

Semalam, bertarikh 13 Mei 2011 adalah tarikh yang keramat. Setelah 42 tahun peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan kita, namun kisahnya masih subur dalam minda kita. Saya kira tidak perlu saya kisahkan semula perihal 13 Mei ini, kerana ramai yang telah maklum tentangnya. Oh ya, kebetulan juga tarikh 13 Mei tahun ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Kata orang putih, Friday The 13th. Apakah relativitinya?

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi;
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang;

Dahulu, kita telah melihat betapa orang tua-tua kita sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tanah air tercinta ini dengan segenap kekuatan yang mereka miliki. Hingga keluarlah parang terbang tatkala kedudukan Islam telah dicabar dan menjadi goyah. Tapi, apa yang kita natijahkan atas perjuangan orang terdahulu itu? Apakah kita masih memiliki jiwa kepingan besi seperti yang mereka miliki dahulu?

Sanggupkah kita menyingsing lengan baju, mengsah parang yang tumpul, mengikat kepala, menyarungkan Selempang Merah di bahu kita semata-mata untuk mempertahankan keDaulatan Islam dan Tanah Air yang dijanjikan ini???

Hari ini, yang kerap kita lihat adalah jiwa-jiwa muda yang telah dipengaruhi dan diracuni mindanya. Kalau dahulu, muda-mudinya diajarkan kisah-kisah yang hebat seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Muhamamd Ali Hanafiah. Tapi hari ini, apa yang diajarkan kepada jiwa muda kita adalah kecanduan terhadap budaya barat, kecanduan terhadap hedonisme, kecanduan terhadap perkara-perkara yang sebenarnya membunuh jiwa. Jiwa muda kita sering disajikan dengan 'hikayat superhero barat', 'hikayat korea', hikayat candu permainan video dan bermacam hikayat yang 'hebat' lagi futuristik. Terlalu ramai yang lahir dengan memiliki hati, tetapi telah hilang hatinya dikemudian hari dek termakan dakyah yang merosakkan jiwa, hati dan minda.


Kalau dahulu, cerita yang diberi nama 'hikayat' itu adalah satu ceretera yang sungguh hebat! Tapi, apa yang kita anggap terhadap 'hikayat' itu? Tidak lebih dari cerita yang karut dan kuno, bukan? Walhal, ceretera 'hikayat' itulah yang telah membina dan membangun para jiwa-jiwa kepingan besi. Mereka-mereka yang berjuang mati-matian mempertahankan tanah air kita itulah yang membaca kisah-kisah 'hikayat' yang dianggap kuno dan karut pada zaman ini!!


Tanah air ini kita yang punya, kita siram, kita baja, tapi angin api kita lupa. Mereka merancang masa menjilat bangsa, 13 harimau bertukar menjadi mangsa. Kita lupa, nenek moyang kita kaya raya, jgn sekali-kali digadai harta-bendanya.

Ku lihat layu dalam Melayu, aku jadi sayu... aku menangis, dia mendayu mahu jadi cantik tak diragu, aku merayu, bangunlah hidup kembali, jgn tunggu matahari mati, Islam yang menjadi pegangan ini, harus di Imani sekuat hati, cepatlah mekar sebelum terlerai, PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI!!!



Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada adab sopannya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi hilang pada resam budayanya;

Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi tidak terasa kehadirannya;
Takkan hilang Melayu di dunia,
Tapi jatuh martabatnya;

Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi hilang pada akhlak penganutnya;
Takkan hilang Islam di dunia,
Tapi malu di mata dunia!


Ini ku persembahkan satu bait petikan kata-kata seorang waris Pejuang Tentera Sabil, 13 Mei 1969:

Maka beruntunglah andai kita sanggup duduk bersama orang-orang lama sebegini yang masih ada zaman ini.

Zaman sekarang, orang-orang lama yang banyak makan garam selalu dipinggirkan oleh golongan muda. Kalau dulu, hidup mereka bersusah payah berjuang dalam pelbagai bidang, namun hari ini mereka ini disepikan. Anak-anak muda lebih membanggakan seni beladiri asing berbanding silat sendiri. Memang tidak salah kalau mahu belajar seni beladiri dari luar, namun dalam masa yg sama, janganlah diperlekehkan Silat yg ada di Tanah Melayu kita ini.

Lebih sedih bila orang tua-tua ini dituduh sesat, nyanyuk dan gila. Tapi ingatlah, yang dikatakan nyanyuk itulah suatu ketika dahulu menyinsing lengan dan bergadai nyawa untuk mempertahankan Islam di Tanah Melayu ini.

Pesanan Allahyarham datuk ambo, ambo ingati sehingga hari ini. "Hang ingat bila tok dah takdak nanti, 13 Mei tu akan jadi balik, ilmu yg ada sentiasa kena asah, asah,dan asah. sampai masa nanti gunalah elok2"

Pesanmu datuk aku ingati. Menjadi bekalan sehingga hari ini. Biarlah mungkin aku dituduh Ultra-Melayu (kerana sayangkan Melayu), biarlah aku dituduh Terrorist (kerana sayangkan Islam) dan biarlah apa sekali tuduhan yg dilempar. Namun ku tahu bahwa ku sayangkan segala yang ku warisi di bumi ini.

Bersatulah saudaraku sekalian. Orang-orang lama tidak pernah minta nama dan jasa mereka dikenang, mereka lebih suka hidup dan mati sebagai wira yang tidak di dendang. Namun kini di tangan kitalah semua itu akan diteruskan. Mampukah kita? Tepuk dada tanyalah diri... =) Ambo pun masih setahun jagung lagi, dan ambo rasa bertuah dapat berkongsi dan bersaudara dengan sekalian di sini.

Al-Fatihah kepada :-

- Allahyarham para pejuang Tentera Sabil Selendang Merah di Pulau Pinang, Tentera Sabil dari Sungai Manik/Sungkai/Pulau Pangkor, Selempang Merah dari Batu Pahat, pejuang-pejuang di Kampung Baru, pejuang-pejuang di Kampung Bandar Dalam dan pejuang-pejuang di Kuala Lumpur.

- Allahyarham Tuan Guru Kiyai Haji Salleh Batu Pahat,

- Allahyarham Pak Bong Isa,

- Allahyarham Panglima Abdul Ghani Pulau Pangkor,

- Allahyarham Dato' Harun Idris

- Allahyarham Tuan Guru Dato' Meor Bin Abdul Rahman dan para pejuang barisan perang Gayong,

- Allahyarham Tok Man Bukit, Kedah,

- Allahyarham Ustaz Yusoff Bin Salleh, Kedah,

- Allahyarham Bapak Ismail Ahmad,

-Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Fahim, Kepala Batas.

- dan ramai lagi yang tidak ambo sebutkan di sini, sama ada yg masih hidup atau telah meninggal dunia. Semoga Roh mereka ditempatkan bersama para pejuang dan kedudukan selaku insan-insan yg berjasa dalam mempertahankan Islam di muka bumi ini.

Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar!

13 Mei 2011. 42 tahun selepas peristiwa hitam yang berlaku dalam negara kita. Mungkinkah ia bakal berulang kembali? Apakah kita mahu melihat generasi ini terus bercakaran walaupun hanya kerana hal-hal kecil dalam kehidupan? Bilakah ummat ini kan bersatu? Oh! Perpaduan dan kasih sayang sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat akhir zaman ini...

Kata seorang teman: "Mungkin jasad mereka dah tak ada depan mata, tetapi semangat dan perjuangan mereka masih hidup dan akan terus hidup, kita sebagai anak-anak pewaris tanah pertiwi ini harus jangan sesekali mengalah, kita bukan keturunan pengecut, kita adalah anak-anak cucu pahlawan yang tak gentar menebas batang leher musuh yg datang, kita adalah anak-anak lelaki Pahlawan Silam yang tak gentar bermandi darah... Bermula dengan Kalimah dan berakhir dengan Kalimah! dengan Kalimah!"

Wallahu'alam


Credit to : Bradokapak