Aku baru balik dari makan malam kat rumah nenek aku bersama-sama dengan kaum kerabat aku yang lain..Selain tu , mak aku beli kereta baru tapi second hand punya la..Tempat yang dia beli tu kawasan rumah nenek aku je and penjualnya pon kawan sepermainan mak aku masa dorang kecik-kecik..
Lepas aku makan tadi , macam biasalah..Aku suka lepak kat luar dengan sepupu aku..Dia pon mulakan topik dengan tanya aku berapa A aku dapat kat SPM..? Padahal , bende ni dah lama da pon tapi dia macam tak percaya bila aku kata aku dapat 1 A je..Thx la sepupu sebab masih percaya yang aku ni tak "(isikan tempat kosong"..Dia cakap jangan la rasa sedih sebab keputusan SPM bukanlah penghujung hidup..
Lepas tu dia cite pasal pengalaman dia dengan budak-budak U..Dia cakap , ada orang dapat result SPM bukan main bersepah A , tapi bila masuk U dia dah jem..Ada orang result SPM cantik je tapi bila dah mauk U terus DOWN..Hurm.. Semua ni dugaan kita mengikut apa yang kita pilih..Kesimpulan daripada apa yang dia cakap ni tadi , kita kene pandai buat pilihan untuk diri sendiri supaya kita tak nyesal satu hari nanti.. Seandainya kita dapat result SPM straight A , tak semestinya kita kene ambik course yang power macam enginnering , doctor , arkitek , lawyer...Tak perlula kn.. Tepuk dada tanya selera..Kalau kita minat jadi photographer pon apa salahnya even subjek photographer tak se gempak doctor sume tu..Lagi pon , kerja photographer adalah lebih rileks daripada kerja2 lain..Kalau misalnya ada event , dah beribu ringgit dalam poket.. Kan masyuk..Itu contoh photographer la..Banyak lagi contoh kerja lain yang boleh kaut keuntungan..
Lepas tu , dia pesan kat aku...Bila kita berada di tempat orang , kita kene ingat yang kita kene ada sikap rendah diri..Kalau boleh , buat2 macam hamba pon tak pe..Asalkan orang tak pijak kepala kita..Tak semestinya hamba abdi..Setakat Low Profile sudah la..Yang penting maruah kita terjaga..Bila kita sikap rendah diri , musuh pon jadi kawan..Orang pon senang..Kalau kita ada masalah , orang pon cepat kesian..Korang tahu tak , bila dia pesan kat aku cmni , aku yang selama ni degil / susah / keras nak bersikap lemah lembut jadi terbuka pintu hati..Lebih-lebih lagi , dia pon bersikap humble jugak padahal masa kecik dulu lasak gak dengan aku...Dia ikut cara ayahnya dan aku pon suka sikap ayahnya yang jenis cakap lembut..Serius aku cakap.Aku tak pernah tengok ayah dia bengang..Kadang-kadang aku pernah jugak dengar dia bengang tapi tak tahu reaksi muka dia cmne...Jadi , orang macam ni aku iktiraf sebagai guru aku sebab dia mengamalkan apa yang dia cakap..Aku tak ikut orang yang letup2 ni..Benci..
