Salam semua.. Bertemu kita lagi dalam blog Hikayat Ahmad Aizat.. Hamba ucapkan selamat datang kepada para pembaca tak kira pembaca setia ataupun baru tapi setahu hamba blog hamba ni tak de sapelah yang nak bertandang sangat..Bukanya ada tarikan pon.. Penulisan pon tah pape...Ok..Malam Khamis...Eh,pagi khamis sudah.. Hari ni hari khamis lah.. pukol 1:30 dh..Okayh..hari ni hari khamis..Pada hari khamis ni , aku nak cerita sikit kat hampa semua kisah terbaru hamba laa ni...laa ni hamba blajaq kat kedah,, Hampa semua tau dak ? tak ? hampeh toi. hahaha.. berterabur sudah...
Sekarang hamba dah berpindah tempat kediaman.. Dulu dok kat farabi.. Sekarang kat ar-razi..Asrama khusus buat pelajar tahfiz qiraat di bawah pentadbiran Kolej Universiti INSANIAH...Dok kat sini susah sikit.. sikit je.. Apa yang susah..?Tak de la susah sangat pon sebenarnya tapi sumber hidup amatlah sukar untuk diperolehi berbanding dok kat farabi dulu..Kat farabi dulu , turun je tangga ada kedai..Jual macam2..Keluar pagar , ada gerai makan,restoran zairos (Restoran yang paling teruk service sepanjang hidup aku setakat ni ) dan tak lupa juga pada restoran murah yakni restoran selera batin..hehe.. Lawak an bunyi dia ? SELERA BATIN.. LOL xD..Kat ar-razi plak , aku tak tahu kat mana aku nak dapatkan top up kredit.. kalau nak makan , harapkan pakcik yang jual kat masjid tu je la. Nasi lemak RM1 sebungkus..Sedap la gak.bole tahan..bak kata orang kedah ni , boleh gagah la.. hehe..
Tapi , ada bende yang paling aku sakit sekali bila dah dok kat ar razi ni..Tak de transport...Nak g kelas , harapkan belas kasihan org la yang ada kenderaan sendiri..Mintak nk tumpang jap..Tapi bukan senang...Setiap kali aku nk apply , mesti penuh,, Terpaksalah kami naik van yang tambang sekali jalan RM2..pergi balik RM4..Dah hmpir RM10.. tak kira makan lagi.. Bas ? Ada..tapi pukol 7 pagi.. btw , kelas tasmik kitorg start pukol 8 kat masjid dan hbis kol 10.. Bas x kn dtg dah kat asrama kitorg lepas tu kecuali bila nk balik asrama..Itupun pukol 6..Kelas kami tak de lah hbis tepat pukol 6..Kadang2 pukol 12 pon ada..so , nak buat apa lagi 6 jam ?
Makan selama 6 jam ?
Tido selama 6 jam ?
Baca buku ? Dah la bahasa arab..Sape mahir BA tu , boleh la layan..Aku ni apa ada ?
Ikut hati aku , aku memang nak sgt bwk WKX , iswara kesayangan aku kat rumah..Ntah apa khabr dia skrg...Berhabuk ? Tayar tak de angin ? Rosak ? Haih..Tak kan cantik kereta tu selagi tak smpi kat tangan aku..Baik aku bawak g kedah..Bukan nak sgt bawak pon tapi kalau dah kes macam ni memang kene la an..KUIN ni tak sama macam kampus U lain...Bukan nak perendahkan tapi itulah hakikat dan musabab kenapa aku nak kenderaan sendiri..Bas pon tak dtg ambik.Kalau kat farabi dulu ada la jugak dtg ambik...Bila dah siap kuala ketil nanti , insyallah boleh pertimbangkan..Tak de pon tak pe kot nnti..Insyallah..
Eh..Ok la.. Dah lewat kot aku ni.. See you on the next post.. :)