Tak semua orang faham apa yang kita mahukan..Tak semua orang dapat tunaikan apa yang kita mahukan..Tak semua orang dapat tunaikan apa yang kita mahukan..Setiap manusia melakukan sesuatu perkara pasti dengan bersebab..Setiap manusia melakukan sesuatu untuk keBAIKkan diri sendiri..Tak ada manusia ingin melakukan jahat walaupun orang itu terkenal dengan kejahatannya..Kalau dorang melakukan kejahatan , disebalik kejahatan tu mesti ada kebaikkan..
Selalu aku fikirkan tentang masalah yang susah sangat nak setel nih..Susah nak bawak bincang...Susah nak bagi pandangan..Tapi bagi aku , ia menjadi mudah kalau saling memahami dan berkerjasama..Aku hanyalah orang biasa yang tak mempunyai pangkat apa-apa..Bawahan..Golongan yang masih bergantung harapan..Cara yang aku boleh pakai sekarang hanyalah meminjam dari mana-mana pihak yang ada kuasa..Ye..
Selalu aku pikir nak buat duit..Macam mana aku nak cari duit dengan cara yang halal dan mudah..Tapi aku dikongkong..Aku kene buat apa yang patut..Aku kene setelkan apa yang tak siap.Aku kene tunaikan tanggungjawab yang patut aku buat..Tapi aku sedih bila aku fokuskan sesuatu perkara tapi aku ketinggalan zaman dengan rakan sebaya yang lain..Aku malu bila aku tak tahu bende tu..Aku malu bila aku tak tahu bende ni..Seolah-olah diri ni ibarat katak bawah tempurung..Aku tahu impian mereka nak aku jadi seorang yang soleh dan berguna..Ya,itu bidang aku..Tapi aku perlukan juga dunia..Orang lain boleh jadi professional kenapa aku tak boleh ?
Tak pelah.. Cukuplah aku luah kat blog..Luah kat manusia , kene makan balik.. Kadang-kadang tak berguna luahkan masalah kat makhluk yang ada akal + hati.. Serius aku cakap , TAK GUNA..Semoga apa yang aku harapakan dapat ditunaikan..Insyallah aku akan dapat pada tiba masanya kerana aku percaya allah tak buta , bisu dan pekak :')