" Walaupun manusia itu sebaik-bik ciptaan , setiap daripadanya tak pernah lepas daripada melakukan dosa "
Assalamualikum semua.. Aku ada ramai kawan-kawan aku dan semua kawan-kawan aku ni mempunyai perangai yang unik.. Ada yang aku bole masuk dan ada yang sebaliknya dan aku rasa orang lain macam tu jugak kan ? Aku berkawan dengan makhluk yang sama sempurna ciptaannya macam aku dari segi fizikal..ada mata..ada tangan..ada mulut dan boleh bercakap.. masih waras & boleh buat kerja..Walaupun kami sama dari segi fizikal , tapi kami punya pendirian yang berbeza..Tak uniklah dunia ni kalu tak de kelainan.. Sebab tu ad lelaki dan perempuan agar saling mehamami.. Sebab tu warna ada pelbagai jenis dan nama dan ciri2nya.. Sebab tu ada pelbagai kemahiran agar semua manusia dapat manfaat..Itulah perbezaan..
Walau pandangan jauh berbeza , tak bermakna ADA salah ADA benar - Rabbani -
Aku percaya , semua orang tak suka bila ada orang sibuk campur dalam urusan peribadi kn ? Sama lah.. tpi , kita tetp tak boleh nak salahkan penyibuk daripad sibuk hal kita melainkan dia dah melampau sampai ke tahap fitnah.. Kadang-kadang dorang buat atas dasar sayang , dan teguran agar kita tidak mengulangi kesilapan dan berfikir sebelum melakukan sesuatu..Tak salah juga kalau kita ulang..Mungkin ada manfat disebaliknya..Siapa tahu ? Yang penting tak menyimpang daripada sistem dunia allah yakni syariat..Rosak sistem (Syariat) , maka rosaklah segalanya..
Sebab tu kita kene sentiasa bersikap terbuka SELUAS-LUAS pintu hati mahupun perkara itu baik atau buruk bagi kita..Tuhan tak pernah lupakan hamba dia walaupun hamba dia tu sejahat-jahat makhluk..Kalau iblis nak bertaubat pon allah masih terima tapi dia je yang tak nak lepas nabi musa kata atas perintah allah , dia kene sujud di kubur nabi adam dulu.. Ego..Inilah pembunuh senyap yang memakan diri..
Aku pun ego dan kuat sgt ego aku ni..Pantang kalah..Selagi tak puas maki , selagi tu tak berhenti..Tapi aku cuba slow untuk turun..Biarlah orang kata apa nak dikata..sebab cara tohmahan mereka munjukkan sapa diri mereka yang sebenar..
Itu sahaja.. Assalamualaikum