AKU .... Siapa AKU .. Perlukah kita mencari AKU ... Pentingnya AKU
“Aku”
AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (diri sejati).
AKU adalah ROHULLAH yang datangnya dari Zatullah.
Menyatakan akan Ujudullah,AKU lah yang dinamakan AMAR ROBBI iaitu urusan Tuhan.
...
AKU yang hidup datangnya dari Yang Maha Hidup yang bersifat ghaib ( negatif ) yang datang dari Yang Maha Ghaib.Tatkala Zatul Haq ingin menyatakan akan diriNya maka DIA (Zatul Haq) mentajallikan akan Nur-Nya yang dinamakan kini Rohullah atau AKU.Kini AKUlah yang nyata dan AKU merupakan sifatNya.
Sebagaimana firman nya…
Kulli rohi min amri robbi
(setiap roh itu adalah urusanku)
Ramai yang mencari AKU namun jarang yang ketemu.Ini kerana AKU berada jauh di dalam RASA iaitu di alam rasa yang mendalam.
Dimanakah AKU berada tentunya pada badan iaitu di dalam badan diri.
Kalau ada yang mahu mencari AKU maka katakanlah AKU ada tetapi tiada,AKU tiada tetapi ada.Ada pada hakikat namun tiada pada rupa.AKU yang tidak berupa merupakan sumber atau daya-daya Qudratullah yang hidup lagi menghidupkan kerana AKU adalah Hayatullah yang asal berasal dari Zatullah ..