Pages

Muqaddimah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Khutbah Jumaat Tadi

Assalamualaikum

Agak lewat sikit aku update blog..Aku pergi jumaat tadi agak lewat 10 minit la jugak.. Khutbah  hari ni cerita pasal Pentingnya solat.. Aku rasa khatib tak bagi tajuk pun tadi dan itu sudah perkara biasa sebenarnya tapi aku je yang buat tajuk sendiri.. hehe.. Lepas parking motor suzuki smash 110 , aku terus melangkah kaki ke masjid.. Gaya penyampaian khatib tu simple.. Bosan.. Tapi aku tertarik sebab isi kandungan tu.. Tambah pulak , dia tak baca ikut text.. Aku suka khatib baca tak ikut text..Baru nampak ilmu dia tu..

Dia cerita tadi katanya saidina umar seorang yang sangat-sangat warak..Dia dibunuh oleh abu lu'luah dengan kerambit ketika beliau nak sembahyang subuh..Kerambit yang dia pakai tu dah direndam dengan racun yang sangat-sangat berbisa..Sekali kene , pasti mati.. Tak mati dengan racun , mata kerambit jadilah.. 3 tempat Abu lu'luah target yaitu dada , perut dan bahagian usus.. Habis terburai isi perut khalifah tu..Lepas tu di bawa oleh anaknya ke rumah untuk di ubat..

Lepas luka dia diubat , di suruh anaknya ambik air.. Anak dia tak nak ambik sebab kalau minum pun air akan keluar balik dari usus tu.. Tak pasal-pasal anak dia kene maki lepas tu sebab dia mintak air bukan nak minum tapi untuk wuduk..

Tengok , mana mungkin ada orang macam ni zaman sekarang.. Kalau ada , pasti kelakuannya di fitnah orang apa lagi di ejek..Tapi orang zaman sekarang memang dah ramai yang meniggalkan solat.. Seolah-olah bende tu biasa..Aku pun macam tu kadang-kadang. Alhamdulilah akal dan hati aku masih ada niat nak solat..Cuma kadang-kadang aku tak de taufiq yang kuat.. Semoga Allah kurniakan semangat untuk aku melakukan solat dengan penuh rela hati tanpa was was.. Amin