Salam guys..Hari ni aku nak cerita pasal adik aku masuk hospital..Adik aku ni bukan manusia tapi ia adalah benda..Aku sayang benda ni sebab bagi aku benda ni sangat-sangatlah special..Lagi-lagi aku dari dulu lagi menginginkan benda ni..Sejak kecik lagi la..Cemburu jugak bila ada kawan-kawan aku dah memilikinya secara personaliti..Maklum la, mak ayah berduit..Tapi alhamdulilah , oleh kerana aku dah tak lama lagi nak masuk ke dunia pengajian tiggi maka aku diharuskan dan boleh kata diwajibkan ada benda ni yaitu adik aku..Hahaha..Apa benda la yang aku maksudkan ni an..Beliau adalah laptop bak kata orang dulu atau kini lebih dikenali sebagai Notebook. Beliau daripada kaum HP dan nama beliau ialah Pavilion DV4...
Kalau ikut asal hak pemilik , beliau adalah milik ibundaku..Tapi ntah macam mana , mak aku tak se ex-cited sgt nak pakai beliau ni even dah beli dekat PC fair yang telah diadakan kat ofis dia pada may 2009..Kebetulan plak tahun tu saya baru sahaja mengkhtamkan quran..Oleh kerana ibundaku bangga dengan hasil usahaku yang tak ternilai ni , maka dia berubah niat asalanya untuk berikan laptop tu kepadaku..tapi bendi ni masih belum kepunyaanku 100% sebab aku tak de bende pon nak pakai dengan bende ni..Bukan nak buat belajar pon..Dengar muzik je..Tak pon tgk video..Tu je..Kalau tak buat tu , edit2 gambar guna adobe..tu je,..Hal ni membuatkan ibundaku naik fed-up..
Bila dia fed-up , maka adikku diambil..uhuk2.. maka beliau berkhidmat untuk ayah aku plak..Ntah macam mana tak lama lepas tu , screen dia rosak ! alahai.. so sad la..baru nak menelaah dengan bende ni lepas SPM , tapi dah jahanam..
Kelmarin , kat ofis ibunda ada PC fair lagi..Dia kol aku untuk pegi sana untuk buat pemilihan laptop2 untuk aku pegi nnti...WOOOHOOOO.. hati ni rasa happy gila time tu.. Aku pon ajak adik kandung aku pergi sekali untuk teman..Mana la tau , dia dpt laptop kat PC fair tu , aku dapat HP..Nak pegi sana bukan senang..Aku plak jarang keluar ke Damansara ni..Sesat hari tu nak pegi ofis ibunda kitorg ni..Tapi alhamduliah , berkat kesabaran akhirnya kitorg smpi..
Bila dah buat pemilihan , maka kami bertiga berbincang dan keputusannya , HP ditangan aku..HAHAHA..sayang kau HP.. sumpah..dan semalam , beliau telah dihantarkan ke hospitalnya untuk dirawat..Yang lagi bestnya , dia masih dalam warranty..so , tak payah hulur duit untuk baiki bende ni..Hari selasa ni dah boleh ambik tapi hati aku tetap tak sabar-sabar nak letak dalam bilik , nak bawak ke hulur ke hilir , nak main tu , nak install ni , macam-macam la an..Bende yang kita sayang tapi berjauhan , mesti kita rindu sangat2 kn..macam tu la aku..Insyallah , aku jaga bende ni elok2..Adik aku tu mahal harganya bagiku walaupun harganya dah merudum lepas 2 tahun ni..
