Pages

Muqaddimah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

My New World

Barang siapa yang berjaya menguasai ruang dan masa , maka dia menguasai dunia



Sign in je blog , mesti teringat seseorang..ntah la..aku pun tak tahu nape..Padahal tak de manusia yang dapat memberi faedah kat aku pon..Ok..itu dunia lama yang dah lama berlalu pergi..Am I right ? Segala kesilapan kata-kata amat dikesali kerana aku masih tak perfect..Lantaklah apa korang nak cakap yang penting aku tetap aku..Aku tak nak jadi macam dalam cerita keldai dah pemiliknya..

Hari ni hari selasa...Jumaat ni mungkin aku akan berangkat ke pulau mutiara..Hari isnin aku lapor diri kat kedah..Masa memang cepat dan pantas..Banyak masa yang terluang sebelum ni dah pon dibazirkan..Jadi , skrg masa untuk aku pikirkan alam baru..Dunia Pengajian tinggi yang bakal aku hadapi tak lama lagi..Kampusnya jauh..Bukan dekat macam sekolah menengah dulu , bukan dalam satu negeri tetapi luar negeri..

Kawan-kawan sebaya , muda setahun dah pon alami cuma aku je belum..Kalaulah result SPM aku cantik , mungkin aku dah kenal apa erti orientasi..Tapi tak pelah..Tuhan tak bagi apa yang kita nak..tapi tuhan bagi apa yang kita perlukan.Kos yang aku dapat , alhamdulilah..Memuaskan hati aku..Bukan aku je  malah seluruh keluarga aku gembira termasuklah nenek dan atuk aku kat PJ yang tersayang dan macik2 serta sepupu papat aku..Btw , kos yang aku dapat bukan senang nak handle dimata masyarakat..Kos ni melibatkan iman dan personaliti,,Hanya iman yang kuat je dapat membimbing diri untuk peroleh rahmat allah..Ye , kos ni membantu aku untuk pertingkatkan kelebihan yang aku ada..kelebihan yang boleh dikatakan hanya untuk orang terpilih dan aku tak boleh nak bangga sangat sebab kelebihan diri adalah amanah..


Orang kata , bila dah masuk kampus , yang paling penting adalah pilih kawan..Disini bukan bermaksud kita berpuak tapi pilih kawan yang dapat membimbing kita dan kita dapat bimbing dorang DENGAN membawa ke arah jalan allah yang diredhai....Banyak belia dah rosak namun tak semestinya dorang terus nak jadi rosak,..Dorang memerlukan bimbingan dan perhatian..Itu masalah anak muda sekrg..Jadi , apa yang aku pikirkan ialah aku nak cuba membentuk diri aku DAHULU seblm membentuk orang lain..Aku suka berkenalan dengan semua orang dan aku nak tahu kenapa dorang macam ni dan macam ni..Aku suka jaga tepi kain orang sebab aku suka belajar sejarah..suka tahu sejarah orang.Tak semua orang sama rasa apa yang kita rasa..Aku rasa aku kaya namun ada lagi yang kaya..Aku rasa aku berilmu namun ada lagi yang berilmu..jadi,orang macam ni lah aku cari apa yang dia rasa dengan kelebihan yang dia dapat..Aku rasa aku malang namun ada lagi yang malang..Aku juga mencari orang macam ni kerana aku ingin belajar daripada kesilapan mereka ini.

inilah dunia kn ? Tak de sape yang sempurna di mata melainkan hati yang bersih..Sometimes aku rasa janggal dengan manusia ni tapi lama-lama aku rasa dia diperlukan dalam hidup..Kdang-kadang orang ni aku sanjung namun pada akhirnya aku benci yang amat...Ya Allah..tetapkanlah hati hamba bagi sesuatu pada tempatnya..Segala kesilapan hamba kau ampunilah..



Kedah , I'm coming