Pages

Muqaddimah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

3 orang

Salam everybody..Hari ni aku nak cite bab elit buta..Elit buta tu apa ? Elit buta tu orang yang bajet bagus. Pum orang sana pum orang sini tapi kain sendiri terlondeh tak sedar..Hah? Paham ? Tak paham ? Maksudnya orang yang suka ambik tahu hal orang dan merasakan diri mereka tu bagus tetapi kesilapan diri sendiri tak nampak..

Ada sorang makhluk allah ni , entah lah.. Aku pun tak faham dengan perangai dia..Aku sbnrnya malas nak ngumpat..risau kene lipat balik tapi tah la.. Ni kn diary..Coretan pengalaman sepanjang hidup aku.. Tulisnya post ni tak de niat nak perlekehkan sesapa tapi cuba perbaiki diri even apa yang aku buat ni sama macam tajuk yang ingin aku sampaikan..

Aku dengan makhluk ni tak lah rapat mana.. Tapi oleh kerana kami jadi kawan di facebook , maka makhluk allah ni tiap2 hari update status..Setakat ni tak pernah lagi aku terlepas pandang status dia dalam sehari..Tak apa..Aku tak kisah..Yang aku kisahnya dia ni suka mencapap dan suka cakap besar..Komen kat orang pon kadang2 komen yang tak masuk akal..Apa daa.. Pk hot lettew ? Semoga kita dapat berkenalan antara satu sama lain,kawan...

Ada sorang hamba allah ni dia ada pangkat besar dalam batch kami..Tak de la besar cuma ada jawatan..Biasalah , bila ada jawatan , sume dia nak pegang..Kepala orang pun dia nak pegang..Sape bantah , kene cop derhaka..Btw , aku ketika tu baru je berpindah ke dunia yang baru..Aku cuba biasakan diri dengan happening sekeliling tapi ada antara dorang ni mulut puaka kata perangai aku pelik..Salah k budak baru berspontan berkenalan dengan para 'ansar' kat sekolah tu ? Lagipon adat dunia zaman sekarang takkan bertegur selagi tak bertegur..Jadi aku ni buang perasaan malu masa tu..Last2 kene tembak dengan si mulut puaka kata aku ni pelik..Pelaq btol..Pernah sekali tu aku buat pembentangan kat depan bertajuk "Rasullah tauladan terbaik"..Aku sebenarnya tak pandai nak explain dengan cara yang penuh gentle mcm orang lain tapi entah macam mana allah indahkan pandangan hadirin masa tu sampai dorang suka cara aku bentang tajuk tu..Bukan nak berlagak tapi sampai ustaz sendiri pon kata kalau boleh nak rakam..Tersenyum lebarlah aku dibuatnya sebab kecerdikan aku masa tu kalau nak banding dengan classmate aku yang pandai sgtlah jauh..Aku tak pernah dapat markah tggi..Lepas siap bentang tajuk , aku pun ucap, oleh itu , jadikanlah rasullah sebagai idola dalam hidup kita..Lepas tu , si mulut puaka yang kata aku pelik ni cepat2 angkat tangan..Dia cakap ,"ustaz(bukan aku tapi ustaz yang mengajar) kita tak boleh nak jadikan rasullah sbagai idola dalam hidup kita.."Semua pelik..Sampai kawan baik dia pon cakap kat dia "Kau dah buang tabiat ke apa ?"..Dia pon balas.."Maksud saya , idola itu patung..Jadi , kita tak boleh nak jadikan rasullah tu sebagai patung." Bodoh k apa..Ni la akibat alim terlebih..Cakap xnk kalah..Dah rasa besar..Lain aku xplain lain ko paham.. Kan dah terang2 bodoh disitu..Orang dengki memang macam tu..Last2 dia dapat boo..Lepas daripada tu , dia terus benci aku depan kawan dia tak sudah2..HAHAHAHA..


Ada plak sorang hamba allah ni..Dia pon suka jaga tepi kain orang..Cakap mengalahkan ulamak..Kita kene..Kita mesti..Kita tak boleh..PUM pang Pum pang..pergh..Tapi hampeh..Dalam hati , aku kasi X merah kat atas dia.Tandanya nasihat kau tak boleh pakai..Dia pon jenis tak nak kalah..Silaplah bila nasihat aku..Memang aku keras kepala bila orang nasihat aku sebab orang yang nasihat aku tu tak faham kenapa aku buat tu kenapa aku buat ni.. Apa yang nampak  tu la dia cakap..Lepas tu bila aku nak bersihkan keadaan sebenar , dia kata " Tak payah tipu la"..Secara auto mulut aku kata disertai dengan perasaan geram "Wei bodoh ,Kalau tak tahu jgn cakap..Dah la bodoh pastu sebok nak nasihat orang.."Lepas daripada tu , kitorg gaduh kejap dan tak menegur aku sebab merajuk..OK..Kau kau , aku aku.. setel :)



Ada orang ni dia keras kepala..Buat k apa ke sume nak menang..Cakap nak badi betol..Padahal tak de bende yang betol pon..Woi der , nak menunjuk kau bagus bukan depan aku.. Tmpat lain...Dia jenis kelam kabut dan aku tak suka orang yang kelam kabut..Serabut..Orang macam makhluk ni aku tak paham sgt perangai dia..Pernah sekali aku ada harta yang boleh dikongsi ,, tapi dia ambik lebih daripada orang.. Aku pun sindir dia dengan nada gurau + suka2..Lepas tu dia kata aku kedekut..Yang tak boleh blah lepas kata aku kedekut , dia terus sumbat mulut harta aku dalam mulut dia..LOL..dah kunyah2 , gtau kat orang lain yang aku ni jenis kedekut lah..Ambik lebih sikit pon x bole lah..Tak lama lepas tu , dia kene lipat balik..Hah..Kan dah kene sembur..Seb bek aku tak sembur..Kalau tak makin malu la kau..Pernah sekali dia tetibe rasa bagus ari tu , dia tak bertegur aku sehari..Mungkin dia harap nak aku tegur lah kot..Mengada..Last2 aku wat dono mcm dia buat..Dok depan mata aku pun aku tak sembang..Besok tu dia kata aku sombong dengan dia semalam..Haha.. mengharap..Dan smpi ke hari ni , kami masih wat dono macam biasa..Beli hset baru pon tak mintak nombo sama sendiri.. Setel :)



Aku manusia biasa yang selalu melakukan dosa tiap saat tapi dosa akan terhapus bila kita mintak ampun...Boleh jadi dosa tu datang dari kita sendiri dan boleh jugak datang dari orang lain misalnya terpengaruh dengan bende2 jahat..Tapi hati aku selalu nak jadi baik cuma iman je tak kuat..Kepada mereka yang marah dengan sikap aku , maafkanlah aku.. aku memang kasar bila orang main kasar.. Aku tak boleh nak berlembut sebab aku tak suka berlembut lagilah bila orang pijak kepala kita..Aku hanya berlembut dengan orang tua dan mereka yang menghormati aku..Bagi mereka yang suka menegur , suka mengkritik , benci akan perbuatan aku , segala tindak tanduk korang aku terima dengan dada yang lapang..Aku pun belum pandai hidup lagi..Kalau kita nak nasihat orang , buatlah dengan cara macammana kita suka orang buat kat kita..Janganlah nak tunjuk pandai , pro...Tak de yang pro depan mata aku walaupun pangkat besar insyallah..Aku memang cepat pangkah orang bila orang pangkah aku..That's me..Wsalm