Aku masih tercari-cari jalanyang lurus..Lurus bukan bermaksud lurus bendul , tapi lurus menikut kehendak syariat ilahi dan semestinya jalan yang diredhai allah ta'ala..Aku hamba yang hina baginya kerana aku tiap2 hari berlumuran lumpur2 dosa yang kotor dan jijik..Aku selalu bermaksiat kat atas muka bumi ni..Mulut aku kadang2 mencelakakan diri aku..Tubuh ku pantas bergerak untuk melakukan perkar-perkara mungkar..Apa jenis hamba aku nih..Binatang pon boleh patuh walapun kerja dorang makan minum inikan aku manusia yang special lagi sempurna ciptaan di sertai akal fikiran sebagai kawan dalam kehidupan..Tapi aku selalu cenderung ke arah nafsu..
Kadang-kadang hati aku nak jadi baik..Nak buat apa nabi buat..Nak buat apa yang allah nak..Tapi segan dan malu mendahului kerana persekitaran..Risau2 orang kata, kita tak boleh terima..Dari sini aku menilai , tahap iman aku sgtlah rendah..Patutlah aku cepat derhaka kat tuhan..
Macam mana aku nak perbaiki diri kalau aku masih tetap disini,..Macam mana aku nak rasa kemanisan iman yang orang-orang berima rasa kalau aku sendiri takut untuk mencuba...Macam mana aku nak dapat rahmat tuhan kalau tiap-tiap hari aku berderhaka..Aku selalu berpegang pada prinsip , aku tetap aku ke mana jua aku pergi..Moga2 dengan prinsip ni aku tak mudah jatuh ke tangan orang lain lebih2 lagi orang yang suka menjadikan seseorang pak turut..Aku tak suka diperintah dan aku juga tak suka memerintah melainkan aku dipikul amanah..
Selalunya , bila aku buat macam ni , orang akan kata macam ni..Bila aku buat macam tu , orang akan balas balik ikut tu...Bila aku bertetap hati , orang kata aku degill..Manusia memang pandai menilai tapi tak pandai memahami.Sebab tu aku lebih suka serah kat allah..Bila orang kata macam2 , penyejuk hti aku hanyalah mengatakan bahawa allah tahu apa yang ada di dadaku..Allah bersaksi atas setiap sesuatu..Biarkan orang bodoh dengan hujah mereka sebab mereka itu sebenarnya buta..
Aku punya diri , aku punya hidup , aku ada matlamat..Biar aku yang tentukan..Sekiranya aku berbuat dosa , bukan korang yang merasa..Sekiranya aku buat baik , kita sama2 dapat untung..Hai kawan-kawan , bimbinglah aku dengan cara yang baik..Bimbinglah dengan cara yang hikmah..Bukan untuk menunjuk kepintaran dan bukan untuk down aku depan orang..